Ebook percuma panduan ebay


















Semua aspek semasa melakukan listing diterangkan dengan jelas, daripada memilih keyword , menulis tajuk listing , memasukkan description item , saiz gambar, lokasi gambar, pilihan bayaran, shipping details sehinggalah listing anda berjaya diselesaikan.

Tuan Zul turut terangkan tentang tips dan tricks untuk pastikan listing yang dibuat mudah dijumpai pengguna eBay, menarik perhatian prospek dan seterusnya menggoda prospek supaya terus membeli. Pengguna datang ke eBay memang dengan mentaliti untuk membeli, jadi listing yang baik dan lengkap akan memastikan item yang ditawarkan boleh dijual dengan baik.

Sebab itulah bab ini sangat penting bagi pembaca ebook Panduan eBay Intelligence. Bab 12 — Case study barang dropship. Dalam bab ini, Tuan Zul tunjukkan satu case study jualan beliau menggunakan sistem dropship daripada pembekal di laman web X. Jadi, pembaca dapat belajar bagaimana membuat jualan manggunakan sistem dropship ; cuma perlu tiruvasi tiru dan inovasi sahaja daripada teknik yang Tuan Zul tunjukkan.

Bab 13 — Case study barang tempatan. Dalam bab 12, Tuan Zul tunjukkan bagaimana proses jualan menggunakan sistem dropship , iaitu stok dipegang dan dihantar oleh pihak ketiga. Dalam bab 13 pula, Tuan Zul tunjukkan bagaimana proses jualan bagi barang tempatan yang dipegang stok. Pembaca akan dapat belajar bagaimana mencari supplier di Malaysia, membuat listing dan yang paling penting, bagaimana nak pos barang tersebut kepada pelanggan di luar negara.

Bukan senang untuk pos barang ke luar negara, kena isi borang tertentu dan lalui beberapa prosedur tambahan berbanding pos barang di dalam Malaysia sahaja. Bab ini amat sesuai bagi mereka yang dah ada barang yang dijual di Malaysia, dan nak kembangkan ke pasaran luar negara.

Bonus Ebook Panduan eBay Intelligence. Selain daripada 13 bab utama yang diterangkan di atas, Tuan Zul turut memberikan beberapa bab tambahan sebagai bonus bagi pembaca ebook panduan yang disediakan beliau ini. Bab 14 — Senarai supplier barang Print-On-Demand. Barang POD adalah barang custom made ; barang boleh diberikan design sepertimana yang dikehendaki penjual atau pembeli. Contohnya t-shirt yang bercetak gambar sendiri, mug yang bercetak gambar keluarga atau bantal yang bercetak gambar orang disayangi.

Kalau kreatif, boleh buat design sendiri dan jual barang-barang tersebut sebagai koleksi cenderahati. Jadi, dalam bab ini, ditunjukkan beberapa trusted dan credible supplier yang menjalankan perkhidmatan POD ini. Penjual hanya perlu pilih item daripada supplier , hasilkan design dan buat listing di eBay.

Kalau tak pandai nak buat design sendiri pun, boleh guna design yang disediakan pihak supplier tersebut. Apabila ada tempahan, cuma perlu tempah dengan supplier dan barang akan dipos ke pelanggan.

Memang mudah! Maklumlah, berdasarkan nilai tukaran wang sekarang, 1 Pound Sterling bersamaan 5. Lebih 5 kali ganda. Maka, sangat lumayan jika dapat jana keuntungan dalam nilai Pound Sterling. Dalam bab ini, diberikan senarai pembekal di United Kingdom, yang mana pembaca boleh jual item mereka secara dropship di eBay United Kingdom. Bonus ini mengandungi senarai pembekal di USA, China dan serata dunia yang boleh menjadi pembekal kepada jualan anda di eBay nanti.

Dengan adanya senarai pembekal sebegini, tak perlu susah-susah nak cari dah. Lebih cepat boleh mulakan perniagaan buat duit dengan eBay. Lepas buat kajian pasaran, dapat jumpa item hot , padankan dengan supplier yang diesenaraikan, terus boleh buat listing dan jualan di eBay.

Jimat banyak masa! Semua bab bonus ini mengandungi beberapa case study bagaimana Tuan Zul melakukan jualan di eBay. Jadi, pembaca boleh belajar pengalaman dan teknik beliau, lalu boleh aplikasikan apabila membuat jualan sendiri nanti. Bonus khas 1 — Skrip follow-up. Pembaca ebook ini akan diberikan template skrip follow-up bagi memudahkan proses jualan di eBay. Contohnya, skrip selepas pengesahan bayaran, makluman penghantaran, follow-up status barang dan peringatan meninggalkan feedback.

Dengan adanya template skrip ini, akan menonjolkan diri penjual yang profesional. Jadi, mudahlah membina reputasi di eBay. Bonus khas 2 — Profitable niche ideas. Bersama-sama ebook ini, turut diberikan senarai profitable niche yang boleh newbies ceburi untuk mulakan perniagaan di eBay. Boleh pilih satu, dua atau beberapa niche yang diminati sebagai niche utama anda untuk memudahkan proses mencari barang-barang hot.

Bonus khas 3 — Facebook Support Group. Tuan Zul juga ada mengendalikan satu Facebook Support Group untuk pembeli-pembeli ebook beliau. Dalam group ini, pembaca boleh bertanyakan apa sahaja perkara yang tidak difahami kepada Tuan Zul dan team beliau. Boleh juga lihat soalan-soalan dan masalah-masalah yang orang lain hadapi, dan belajar bagaimana mengatasi masalah tersebut agar tidak menyusahkan diri-sendiri pula.

Selain itu, boleh buat networking dengan pembaca-pembaca lain agar lebih mudah untuk setup perniagaan di eBay. Orang kata, dalam berniaga ini, jangan makan seorang diri, sebaliknya saling bantu-membantu antara sesama peniaga. Barulah boleh jadi peniaga berjaya. Bisnes di eBay sentiasa berevolusi; ada sahaja perubahan dan penambahan perkara baru seperti polisi, interface dan cara jualan, yang mana kadang-kadang boleh memeningkan penjual.

Sebagai support kepada pembeli, Tuan Zul turut mengemaskini kandungan Panduan eBay Intelligence agar memudahkan pembeli menghadapi perubahan yang berlaku. Tidaklah pembeli terkial-kial nanti. Macam baru-baru ini, Tuan Zul ada mengeluarkan edisi ke-2 Panduan eBay Intelligence, yang mana beberapa bab telah dikemaskini agar relevan dengan evolusi bisnes eBay yang berlaku.

Bukan setakat kemaskini konten ebook , malah Tuan Zul turut menyediakan 15 video panduan untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca. Memang untung bagi sesiapa yang dapatkan panduan ini. Pandangan peribadi. Secara peribadi, saya berpendapat ebook Panduan eBay Intelligence ini boleh dianggap sebagai panduan terkini yang lengkap berkenaan cara buat duit dengan eBay. Panduan yang disediakan memang lengkap dan terperinci, dan Tuan Zul tunjukkan langkah-demi-langkah agar mudah difahami.

Kiranya, ebook ini memang sesuai untuk newbies yang baru nak mulakan bisnes di eBay. Dan sesuai juga untuk golongan bekas eBayer dan eBayer tegar yang ingin update knowledge berkenaan bisnes di eBay. Saya dulu pun pernah menjual barang di eBay, dan setelah membaca ebook ini, memang ada beberapa perkara yang baru saya pelajari.

Bagi yang dah punyai perniagaan sendiri dan ingin kembangkan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa menerusi eBay, memang sangat disarankan untuk dapatkan ebook ini. Dari segi kelemahan ebook ini pula, sebenarnya tiada kelemahan yang ketara. Cuma dari segi tatabahasa, ejaan dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil sahaja.

Walaubagaimanapun, kelemahan ini tidaklah sampai menjejaskan kandungan dan kualiti ebook ini. Yang penting, isi kandungannya adalah lengkap dan terkini. Bagaimana nak dapatkan ebook Panduan eBay Intelligence? Anda betul-betul berminat nak dapatkan ebook ini?

Mesti nak tahu harganya, bukan? Pakej A hanya menawarkan ebook utama sahaja tanpa sebarang bonus seperti yang disenaraikan di atas, dan pakej ini sesuai untuk yang memang dah ada pengalaman atau pernah berniaga di eBay, cuma nak update dengan knowledge terkini sahaja. Harga untuk pakej A adalah RM 97 sahaja!

Manakala, pakej B pula, mengandungi ebook utama ditambah dengan bonus-bonus yang disenaraikan di atas dan bonus-bonus lain yang ditambah dari semasa ke semasa. Pakej B sesuai untuk newbies yang baru nak mulakan perniagaan di eBay, sebab pakej ini disertakan bonus-bonus tambahan yang lengkap dengan semua tools dan rujukan untuk mulakan perniagaan di eBay dengan segera dan sistematik.

Memang sangat disarankan untuk dapatkan pakej B ini. Mengikut Tuan Zul, harga asal pakej B ini adalah RM , tetapi buat masa sekarang, pakej ini ditawarkan dengan harga diskaun RM sahaja. Anda jimat RM jika dapatkan pakej B ini sekarang. Dulu, semasa awal pelancaran, saya dapatkan pakej B ini pada harga lebih murah daripada harga sekarang. Selepas lama dilancarkan dan mendapat maklumbalas serta permintaan memberangsangkan, sudah tentu harga akan naik. Itu pun, bagi saya, harga RM masih lagi dianggap murah dengan segala ilmu terkini dan lengkap yang dimuatkan dala pakej B ini.

Saya pernah dapatkan panduan berkenaan bisnes eBay dulu pada tahun , dan harganya lebih mahal berbanding harga pakej B Tuan Zul ini. Web ni jual barang secara lelongan. Korang tahu barang pertama terjual di eBay masa tu? Blog ini diwujudkan khas kepada semua mereka yang mencari-cari panduan percuma pasal ebay.

Kenapa harus beli ebook yang harga yahudi tu? Kenapa mereka nak jual ebook kalau difikirkan balik baik mereka makan sorang-sorang je. Sebab apa tuan-tuan? Sebab mereka nak cari side income lain tuan-tuan.

Income mereka dalam ebay dah perlahan jadi mereka-mereka ini mula la buat duit dengan keluarkan ebook pasal ebay. Ditambah pula pelbagai isu dan polisi yang berubah dalam ebay. Isu seperti wujudnya penipuan oleh pembeli, barang pelanggan hilang dari radar, kerap kena refund, isu payment kena hold menyebabkan mereka jadi give-up dan mereka ini pun fikirkan jalan lain dengan menjual ebook dengan harga mahal nak mampus.

Baik beli panduan dari Shopee. RM2 dah boleh dapat.



0コメント

  • 1000 / 1000